Time Spent- 1m 57s
5 Visitors

Kakak aku yg jilake

Memang kakak sulong ni narcissistic eh? Perangai cam hantu. Selalu berasa dia paling banyak bantu keluarga, fikir dia sorang je keluar duit dan lepas tu cakap yang lain takdr pon tolong mak ayah. Eeeiii.. aku mengadu dekat sini sebab mak abah aku tak suka aku cakap buruk2 pasal kakak aku. Diorang tak suka sebab tgk aku asyik membebel pasal kakak aku. Diorang asyik pandang rendah kat aku sbb diorang ingat aku selalu mengadu hal kakak aku dekat sedara mara..


Sikap kakak aku paling aku tak suka ialah dia rasa 'voice' dia je betul. Apa2 dia kata betul and then mengharapkan org lain mengiyakan kata2 dia. Hek eleh.. lps tu bangga pulak kalau rasa dia menang bila bercakap dengan org lain..


Pernah sekali time aku waitu belajar sekolah menengah, masa tu aku kena pilih subjek nak amik. Kakak aku suruh la pilih subjek yg dia kata bagus sangat utk aku. Dia kata subjek tu kompem boleh bagi aku survived masa aku kerja nanti. Tapi aku tak amik pon.. aku amik subjek lain aku sebab masa tu aku memang tak suka dengan org suruh atau 'order' especially pasal hidup aku.. lepas tu subjek yg aku amik tu aku dpt cukup2 mkn la.. tak gagal tapi tak cemerlang.. sedang2.. tapi masa tu kakak aku sound kat aku. Dia kata padam muka sape suruh tak dengar cakap dia. Masa tu dah aku benci sikap dia yg tu.


Lps tu aku ada adik lelaki kena pilih subjek utk spm jugk, dia pilih la ikut ckp kakak aku.. lps tu lps exam aku tgk result dia lagi teruk dari aku.. adik aku pi sekolah yg lagi better aku.. nak dikatakan adik aku sebenarnya lagi bijak dari aku kalu ikut IQ. Tapi ikut ckp kakak aku.. memang bodoh laa.. yg kelakarnya masa tu kakak aku berdiam diri jek.. takde pulak nak kata2 pape.. memang masa tu aku rasa mcm tak adil..


Sekarang semua dah besar.. tapi perangai masih cam setan.. baru semalam pasal lampu pon boleh bergaduh.. sakit kepala aku kalau org mcm tu..


Nanti aku sambung balik.. arghhhh